Motos de location KyotoChuoh

For Kyoto sightseeing!

Sewa Motorsikal & Bersiar di Kyoto

Kyoto ialah sebuah bandar bersejarah yang menjadi tarikan pelancong yang popular kerana nilai kebudayaan dan kuil-kuil yang indah banyak terdapat di sana. Walau bagaimanapun keadaan jalan raya dan tempat meletak kenderaan sangat sesak di Kyoto. Oleh kerana itu, motorsikal dan skuter memainkan peranan penting di bandar Kyoto ini. Jadi, menyewa motorsikal lebih sesuai dan menyenangkan di sini.

Terdapat banyak pilihan motorsikal untuk di sewa dari 250cc sehingga 400cc manakala skuter dari 50cc sehingga 125cc. Anda perlu sekurang-kurangnya boleh berbahasa Jepun walaupun sedikit untuk menyewa motorsikal. Jika anda tidak boleh berbahasa Jepun, anda boleh membawa teman dari Jepun atau meminta bantuan dari pekerja Rental 819.

Untuk Keselamatan & Kesenangan Anda

Rental 819 menyediakan pelan insurans yang lengkap. Pertama, jika penyewa dan/atau pemandu tambahan yang dibenarkan menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pihak ketiga, jumlah yang boleh dituntut adalah tanpa had. Kedua, jika penyewa dan/atau pemandu menyebabkan kerosakan harta benda pihak ketiga, tuntutan yang akan dibayar hanya sehingga JPY 10 juta. Walau bagaimanapun, penyewa dan/atau pemandu berlesen tambahan perlu menanggung jumlah deduktibel yang telah ditetapkan.

Faedah Pengecualian Kerosakan Pelanggaran atau Collision Damage Waiver (CDW) adalah sangat berguna kepada penyewa/pemandu. Rental 819 akan mengecualikan tanggungjawab penyewa/pemandu dari kerosakan yang di sebabkan oleh pelanggaran, kemalangan atau/dan kenderaan terbalik, dengan syarat anda menerima CDW dengan bayaran nominal semasa menyewa motorsikal. Penyewa atau pemandu tidak boleh menerima atau membatalkan CDW di dalam tempoh penyewaan apabila anda sudah menerima atau menolaknya semasa melakukan transaksi penyewaan.

Sila pastikan kenderaan hanya dipandu oleh pemandu yang dibenarkan.

Insurans/Ganti Rugi: Had yang ditanggung oleh insurans
Kecederaan / Kematian per seoranganTiada had per seorangan
Kerosakan Harta Benda JPY 10 juta (Deduktibel: JPY 50,000)
Kecederaan penumpangJPY 5 juta per seorangan (Tiada untuk motorsikal di bawah 50cc)
Insurans Kecurian50% dari harga semasa
Kadar Sewa Skuter:
Tempoh Sewaan (Jam) 4J8J24JHari KeduaTambahan 1J
Kelas 50ccP-1JPY 3,000JPY 3,300JPY 4,200JPY 2,900JPY 1,100
Kelas 125ccP-2JPY 4,500JPY 5,000JPY 6,200JPY 4,400JPY 1,100
Pilihan:
Collision Damage Waiver
24HHari KeduaPenolakan
JPY 1,200JPY 600JPY 10,000
For Kyoto sightseeing!
Kadar Sewa Skuter:
Tempoh Sewaan (Jam) 4J8J24JHari KeduaTambahan 1J
Kelas 250ccP-3JPY 8,900JPY 9,900JPY 12,400JPY 8,700JPY 1,600
Pilihan:
Collision Damage Waiver
24HHari KeduaPenolakan
2,200 JPY1,100 JPY50,000 JPY
Kadar Sewa Skuter:
Tempoh Sewaan (Jam) 4J8J24JHari KeduaTambahan 1J
Kelas ~400ccP-4JPY 11,200JPY 12,400JPY 15,500JPY 10,800JPY 1,600
Pilihan:
Collision Damage Waiver
24HHari KeduaPenolakan
JPY 3,200JPY 1,600JPY 50,000
Kadar Sewa Skuter:
Tempoh Sewaan (Jam) 4J8J24JHari KeduaTambahan 1J
Kelas diatas 400ccP-5JPY 13,400JPY 14,900JPY 18,600JPY 13,000JPY 2,100
P-6JPY 15,600JPY 17,300JPY 21,600JPY 15,200JPY 2,100
P-7JPY 18,600JPY 20,600JPY 25,800JPY 18,000JPY 2,600
P-8JPY 21,500JPY 23,900JPY 29,900JPY 20,900JPY 3,100
Pilihan:
Collision Damage Waiver
24HHari KeduaPenolakan
JPY 3,200JPY 1,600JPY 100,000

Anda hanya perlu datang dengan tangan kosong!

Jika anda memerlukan topi keledar dan/atau sarung tangan, anda boleh menghubungi pusat tempahan kami. Jika anda tidak membuat sebarang tempahan, anda boleh memilih barangan dari kedai kami. Tetapi, ukuran dan jenis tidak dapat dijamin.
Jika anda ingin melanjutkan sewaan motor dan barangan pilihan, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin.
Sila pastikan anda memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal
(Ini merupakan undang-undang di Jepun)

Barangan pilihan

BaranganHari PertamaHari Kedua/ dan seterusnya
Topi KeledarJPY 1,000JPY 200
Sarung TanganJPY 300JPY 100
BegJPY 500JPY 500
KunciJPY 200JPY 100

Sila bawa barangan ini bersama anda semasa anda ingin mengambil motorsikal/skuter

Pertimbangan lain

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

[Soalan]
Apakah yang diperlukan untuk menyewa motorsikal di Jepun?

[Jawapan]
Pasport, Lesen memandu antarabangsa atau lesen memandu yang sudah di alih ke bahasa Jepun secara rasmi JAF, lesen memandu tempatan & kad kredit.

[Soalan]
Adakah saya perlu berbahasa Jepun untuk menyewa motorsikal?

[Jawapan]
Walau bagaimanapun, jika anda tidak boleh berbahasa Jepun anda hendaklah membawa teman dari Jepun atau meminta bantuan dari pekerja Rental 819.

[Soalan]
Adakah saya boleh menyewa motorsikal tanpa menempah terlebih dahulu?

[Jawapan]
Ya. Tetapi hanya terhad kepada motorsikal yang berada di kedai pada masa itu. Ada kemungkinan model motorsikal yang anda ingini tiada, oleh kerana itu, anda dinasihati untuk membuat tempahan awal.

[Soalan]
Adakah sebarang had perjalanan atau bayaran tambahan?

[Jawapan]
Tidak. Tiada sebarang had perjalanan atau bayaran tambahan.

[Soalan]
Bagaimana kadar sewa dikenakan?

[Jawapan]
Kadar sewa akan bermula mengikut masa perlepasan. Segala lebihan atau kekurangan akan dikira semasa anda memulangkan motorsikal yang disewa. Sila selesaikan bayaran sewaan permulaan menggunakan kad kredit yang diterima.

[Soalan]
Bagaimana tempoh lebihan jam dikira?

[Jawapan]
Kadar mengikut jam akan dikenakan untuk tempoh lebihan masa menyewa. Sila maklum, anda akan dikenakan bayaran penalti untuk lebihan masa jika anda tidak memberitahu kami terlebih dahulu.

[Soalan]
Adakah harga minyak termasuk di dalam kadar sewa?

[Jawapan]
Tidak. Motorsikal yang disewa akan mempunyai tangki minyak yang penuh. Sila mengisi kembali tangki minyak dengan penuh semasa anda ingin memulangkan motorsikal. Jika tidak, kadar spesifik mengisi minyak akan dikenakan. Sila maklum bahawa kadar spesifik mengisi minyak mungkin akan lebih tinggi dari bayaran di stesen gas.

[Soalan]
Bolehkah pemandu baru menyewa motorsikal?

[Jawapan]
Ya, tiada masalah.

[Soalan]
Adakah permit memandu antarabangsa disediakan?

[Jawapan]
Permit memandu antarabangsa yang dikeluarkan oleh ahli negara Persidangan Geneva disediakan. Sila maklum, pelanggan perlu menunjukkan pasport sebagai tambahan.

[Soalan]
Adakah saya boleh melanjutkan tempoh penyewaan motorsikal semasa saya sudah menyewa?

[Jawapan]
Sila hubungi kedai di mana anda akan memulangkan motorsikal jika anda ingin melanjutkan tempoh penyewaan. Sila maklum, anda mungkin tidak dapat melanjutkan tempoh penyewaan.

[Soalan]
Adakah saya boleh memulangkan motorsikal sewaan selepas waktu urusniaga?

[Jawapan]
Tidak. Sila memulangkan motorsikal sewaan semasa waktu urusniaga kedai.

[Soalan]
Adakah tempat letak kenderaan disediakan berhampiran kedai sewa anda?

[Jawapan]
Tiada tempat letak kenderaan disediakan di kedai sewa kami untuk kenderaan anda. Sila menggunakan kenderaan awam.

[Soalan]
Apakah yang tidak ditanggung oleh insurans?

[Jawapan]
Jika berlaku kemalangan, anda perlu membayar penolakan insurans yang bergantung kepada kelas motorsikal anda (dari JPY10000 ke JPY100000). Selain itu anda juga perlu membayar lebihan kerosakan iaitu kerosakan, di mana bayaran atau tuntutan insurans tidak diterima, atau pun kerosakan yang melebihi bayaran atau tuntutan insurans dan jika kenderaan itu tidak boleh digunakan.

[Soalan]
Apakah kenderaan yang tidak boleh digunakan?

[Jawapan]
Jika pertembungan, kemalangan atau/dan kenderaan terbalik berlaku dan kenderaan perlu dihantar untuk dibaiki, anda akan dikenakan bayaran untuk kenderaan yang tidak boleh digunakan. Walau bagaimanapun, bayaran hanya akan dikenakan selama 15 hari maksimum.

[Soalan]
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlaku kemalangan?

[Jawapan]
Jika berlaku kemalangan, sila pastikan anda mengikuti 4 langkah ini:

Lokasi kedai kami

leotanimoto map RENTAL819

http://www.rental819.com/ tel

Ukyo-ku, Kyoto-shi, 28-141 Saiin Shimohanada-cho, (Shijo Sai street)
TEL: 075-311-0051

Menggunakan kenderaan awam

  • 5 minit berjalan kaki dari Stesen Hankyu Saiin
  • 5 minit berjalan kaki dari Stesen Keretapi Tozai Line NishiOji Oike
  • Menggunakan bas bandar Kyoto bernombor 71.72.73.75 dari Stesen Kyoto ke Arashiyama. Sila turun di perhentian bas NishiOji Shijo dan berjalan kaki selama 5 minit.
レンタルバイク 宝ヶ池 地図 RENTAL819

Bermula 1 November 2008
Pembukaan Kedai Sewa Motosikal Pakar dalam Harley-Davidson (Rental 819)

Pembukaan Kedai Sewa Motosikal di Kyoto Sakyo-ku Takaragaike; Pakar dalam Harley-Davidson Dengan berbantukan kepakaran kami, kami dapat bantu memberikan maklumat yang terperinci supaya anda dapat menikmati pengalaman sebenar menunggang Harley-Davidson.
<Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman sesawang >

Takaragaike Rental Bike

Kyoto-fu, Kyoto-shi, Sakyo-ku, Kamitakano, Furukawa-cho 18-2
Telefon: 075-703-0051
Stesen keretapi terdekat: Keretapi Bawah Tanah Karasuma, Stesen Kokusaikaikan

Tempat meletak kenderaan disediakan.
Ketika tempoh penyewaan motosikal, anda boleh meletakkan kenderaan anda dengan percuma. Walau bagaimanapun anda adalah disarankan untuk memaklumi pihak kami sekiranya ingin menggunakan tempat letak kenderaan ini sebelum datang ke kedai ini melalui telefon atau email kerana ruang letak kenderaan adalah terhad.

レンタルバイク山科 地図 RENTAL819

Bermula 1 November 2008
Pembukaan Kedai Sewa Motosikal Honda (Rental 819)
Pembukaan Kedai Sewa Motosikal di Kyoto Yamashina-ku; Pakar dalam Honda
Dengan berbantukan kepakaran kami, kami dapat bantu memberikan maklumat yang terperinci supaya anda dapat menikmati pengalaman sebenar menunggang Honda.
<Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman sesawang >

Yamashina Rental Bike

Kyoto-fu, Kyoto-shi, Yamashina-ku, Higashino Butai-cho, 89-1
Telefon: 075-583-0051
Stesen keretapi terdekat: Keretapi Bawah Tanah Tozai, Stesen Nagitsuji

Tempat meletak kenderaan disediakan.
Ketika tempoh penyewaan motosikal, anda boleh meletakkan kenderaan anda dengan percuma. Walau bagaimanapun anda adalah disarankan untuk memaklumi pihak kami sekiranya ingin menggunakan tempat letak kenderaan ini sebelum datang ke kedai ini melalui telefon atau email kerana ruang letak kenderaan adalah terhad.

レンタルバイク洛西店 地図 RENTAL819

Bermula 1 Mac 2009
Pembukaan Kedai Sewa Motosikal Rakusei (Rental 819)
Pembukaan Kedai Sewa Motosikal Rakusei di Tanimoto Pusat Barangan Terpakai
<Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman sesawang >

Rakusei Rental Bike Shop

Kyoto-fu, Kyoto-shi, Nishikyoku, Ooe Higashi Shinbayashi-cho, 2-5-3
Telefon: 075-332-0051
Stesen keretapi terdekat: Keretapi Hankyu, Stesen Katsura, keluar ke Pintu Barat. Sila ambil Bus Nishi 1 atau Nishi 2 atau Nishi 3 atau Nishi 4 bus dan turun di Stesen Bus Sakaidani Ohashi. Kemudian lima minit berjalan daripada Stesen Bus Sakaidani Ohashi.

レンタルバイク洛北店地図 RENTAL819

Bermula 1 Mac 2009
Pembukaan Kedai Sewa Motosikal Rohaku (Rental 819) Pembukaan Kedai Sewa Motosikal Rohaku di Leo Kawasaki
<Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman sesawang >

Rakuhoku Rental Bike Shop

Kyoto-fu, Kyoto-shi, Sakyo-ku, Shimogamo Higashi Morigamae-cho, 10-3
Telefon: 075-711-0051
Stesen keretapi terdekat: daripada Stesen JR Kyoto, ambil Bus bernombor 204, 206 atau Kita 8 dan turun di Stesen Bus Takagicho. Kemudian, satu minit berjalan daripada Stesen Bus Takagicho.

For Kyoto sightseeing!
COPYRIGHT(C)LEOTANIMOTO. All rights reserved.